Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina
Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina
SEREMBAN - Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek memohon maaf ekoran kesilapan tulisan dan ejaan pada kain rentang ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2016 yang dipasang di kawasannya, baru-baru ini.
Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan berikutan tidak arif dengan tulisan dalam bahasa Cina.
"Sebenarnya, ini silap pihak pengiklan yang buat kerja tidak teliti. Sepatutnya mereka kena semak betul-betul. Penyudahnya sekarang, saya yang jadi mangsa.
" Walau bagaimanapun, saya tetap ingin minta maaf pada semua. Kali pertama berlaku macam ini," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Menurut Hasan, beliau mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh dua rakan lama dari MCA pada hari pertama kain rentang dipasang.
"Lepas dapat tahu, pembetulan segera dibuat pada keesokannya. Segala yang berlaku memang amat dikesali.
"Sekurang-kurangnya, ini menjadi pengajaran kepada pengiklan agar lebih berhati-hati dalam tugasan," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, kain rentang beliau menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik lantas berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'.
Kesilapan turut berlaku pada ejaan rumi perkataan 'Cai' yang membawa maksud nasib.
Akibatnya, difahamkan kain rentang terbabit menjadi viral di Facebook 'We Fully Support Pakatan Harapan' dan telah dikongsi lebih 630 kali.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark Hasan Malek mohon maaf salah ejaan Tahun Baru Cina and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment