DILWALE Jadi Punca Artis Seksi Aka Cun Kilafairy Dapat Durian Runtuh
Filem Dilwale yang dibintangi pasangan superstar Bollywood layar perak, Datuk Shah Rukh Khan dengan Kajol bagi Murai Batu amat membawa tuah buat pelakon Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil.
Apa tidaknya disebabkan filem itu, dia telah terpilih untuk membawakan lagu Gerua dalam versi bahasa Melayu iaitu Warna Cinta bersama Aliff Aziz. Waktu mula-mula dengar nyanyian Khilafairy dengan Aliff Aziz, Murai Batu dah suka dan jatuh cinta.
Kena pulak vokal dan gaya nyanyian Kilafairy dalam lagu tuh. Dan, paduan suara Aliff Aziz dengan Khilafairy pulak cukup padan, sesuai dan serasi sekali.
Berkali-kali jugaklah Murai Batu dengar lagu Warna Cinta, selain versi asalnya sendiri iaitu Gerua. Tak rasa jemu, tak rasa bosan pun...
Dengarnya, disebabkan lagu Warna Cinta nih, Kilafairy telah dihujani banyak tawaran untuk bikin show. Kalau betul, baguslah. Murai Batu tumpang gembira. Rezeki tuh dik.
Lagipun, setahu Murai Batu, minat asal Kilafairy yang sebenarnya adalah nyanyian. Macam ibunya jugaklah. Hai, ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasikan? Tapi, takdir telah membawanya untuk terlibat dalam dunia lakonan.
Walaupun sebelum ini, Kilafairy pernah bikin single lagu, namun ia tidak begitu menjadi sangat. Mudah-mudahan, Warna Cinta akan menjadi titik tolak buat Kilafairy untuk serius bergelar penyanyi. Amin..... Ya Rabbal Alamin....
0 comments:
Post a Comment