AHMAD BASHAH BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS TERTEKAN DENGAN TUDUHAN. BACA LAPORAN POLIS YANG DI BUAT OLEH BELIAU
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan terhadap dirinya.
Justeru itu, menteri besar Kedah yang baru itu telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
Beliau berkata laporan polis terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.
Beliau menegaskan sogokan wang bukan budaya Umno untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.
Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua Umno Bahagian dan Ketua Sayap Umno Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar.
"Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera ...ia boleh merosakkan segala-galanya.
"Kemelut politik di negeri ini telah selesai dan menteri besar baru telah dipilih. Apa yang penting kami perlu bergerak ke hadapan untuk tunaikan janji Umno semasa pilihan raya umum yang lepas," katanya -seterusnya
Setahu MiM, terdapat satu kenyataan yang kononnya ditulis oleh Puteri UMNO Bayan Baru dan ianya mengkritik perletakan jawatan DS Mukhriz Mahathir dan juga pelbagai tuduhan yang tidak berasas tentang kronologi perletakan jawatan itu.
Tetapi individu yang dimaksudkan itu telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu adalah daripada beliau. Malah, beliau turut membuat laporan polis supaya pihak yang menabur fitnah itu disiasat.
0 comments:
Post a Comment