5 FOTO KEADAAN TERKINI FASHA SANDHA SETELAH 12 HARI BERCERAI DENGAN JEJAI


Tiada apa yang mampu diungkapkan, Fasha Sandha hanya mampu mengucapkan terima kasih terhadap peminat serta rakan-rakan artis yang memberi kata-kata semangat dan komen-komen positif yang sentiasa mendoakan supaya beliau tabah dalam mengharungi dugaan yang melanda.
Menerusi salah satu gambar yang dikongsi pelakon itu baru-baru ini, beliau memetik kata-kata semangat untuk sentiasa percaya ada hikmah di sebalik semua yang menimpanya.
“Manusia berubah, jadi kita boleh belajar melepaskan dan menghargai apa yang kita miliki serta kita percaya kepada penipuan sehingga satu ketika, kita tidak akan menaruh percaya kepada sesiapa selain diri kita sendiri. Kadang-kala, perkara baik tidak semestinya kekal selama-lamanya,” katanya.
Fasha juga dilihat sering memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Putra Rayfal, 3, dan Putri Raysha Jemyma, 2.
Menyifatkan kedua-dua anaknya sebagai nadi hidupnya, Fasha turut mendoakan agar mereka kuat sepertinya.
“Kesiannya anak ibu ni. Batuk. Semoga jadi tabah seperti ibu dan Abang Fal,” ujarnya.
Perkahwinan pelakon Fasha dan Rizal Ashram Ramli yang lebih dikenali sebagai Jejai berakhir apabila Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian mereka pada 20 Januari lalu.
Dalam pada itu, peminat masih tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada pelakon yang ketika ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama baharunya, Tentang Hati 2.
Sumber: myartis
Fasha%2BSandha1.jpg
Fasha%2BSandha2.jpg
Fasha%2BSandha3.jpg
Fasha%2BSandha4.jpg
Fasha%2BSandha5.jpg
Sumber: plbgaimacam

by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment