Hasrat Lakukan Ibadah Korban Tidak Kesampaian, Suami Isteri Maut




PUTRAJAYA - Hajat pasangan suami isteri yang mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung, tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi Rabu.


ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas



Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi semalam, kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan. Tiga orang anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa, Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di tempat kejadian.

Anak-anak mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan manakala Alif Amirul Aiman, 15, mengalami cedera parah sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.






ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas





Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat manakala tiga yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, berkata mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.

"Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai," katanya.

Keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa mereka.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. - ASTRO AWANI



ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)

klik disini untuk ke page kami  --->   IsuKakiPanas

by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment