Keluar Saja Dari BN - KJ



SHAH ALAM - Ketu Pemuda UMNO, Kahiry Jamaluddin menyarankan agar Pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang keluar sahaja dari BN jika masih bertegas ingin memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN, DS Najib Razak.

Saya mahu Pemuda MCA Kebangsaan membuat siasatan mendalam ke atas ketetapan Pemuda MCA Pasir Gudang seperti yang dinyatakan semalam (kelmarin).

MCA merupakan rakan komponen dalam BN sejak sekian lama dan perkongsian kuasa di antara kaum telah kita amalkan dengan jayanya selama ini. Kerjasama ini boleh rosak dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab seperti Pemuda MCA Pasir Gudang,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Tambah KJ, Chow Hui tidak harus mengubah fokus ke atas UMNO dengan menyerang kepimpinan tertinggi parti disebalik kemerosotan sokongan masyarakat Cina ke atas BN.

Khairy juga menyatakan kekesalannya dengan tindakan Chow Hui yang mengaitkan isu perhimpunan baju merah sebagai alasan berbuat demikian.

Jelas sekali, ini merupakan langkah kebudak-budakan, mendahului parti dan dikhuatiri berniat jahat ke atas kepimpinan negara dalam keadaan serta cabaran geopolitik yang sedang kita lalui.

Pemuda Umno ingin mengingatkan Chow Hui supaya membuat pertimbangan  wajar sebelum mengeluarkan  kenyataan yang boleh merosakkan kerjasama parti-parti komponen BN,” katanya

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment