'Macam Bodoh Pula Bila Ustaz-Ustaz Kata Poligami Ini Untuk Elak Zina'
Aku rasa macam bodoh pula bila ustaz-ustaz kata 'Poligami ini untuk zina'. Untuk salurkan nafsu ke arah yang diredhai Allah. Ustaz-ustaz seperti ini meletakkan poligami sebagai lesen untuk melampias nafsu sahaja.
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
Aku terfikir, kalau lelaki kahwin, kemudian tengok perempuan lain dan bernafsu. Atas nama Poligami, maka pergilah dia berkahwin lagi sebab nak elak zina. Kemudian, ternampak lagi perempuan lain dan bernafsu lagi serta kahwin lagi sampailah cukup kuota. Agak-agak macam mana pula selepas itu dia nak menguruskan nafsu besarnya itu?
Kenapa bila rasa bernafsu tidak disalurkan saja pada isteri dia yang sah? Jadi, apa masalah dia?
Masalah dia adalah NAFSU! Jadi nak uruskan nafsu ini, Allah telah berfirman:
Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat." Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya," (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Itu yang utama, jaga pandangan. Allah tak suruh enkau kahwin sebab engkau bernafsu besar. Siapa ajar itu ustaz? Cukup-cukuplah memburukkan nama Islam dengan nama Poligami ini. Janganlah nak sucikan nafsu itu dengan lesen 'Sunnah'. Poligami bukan sunnah. Mana ada perkara sunnah yang Allah letakkan syarat begitu ketat untuk dilaksanakan. Sunnah itu kan satu galakkan. Galakkan tidak pernah wujud berserta syarat yang ketat seperti syarat poligami ini.
Semulia-mulianya perempuan yang menjaga dirinya, keluarganya, anak-anaknya, makan minium suaminya, pakaiannya, hatinya, jiwanya, akhirnya bila sampai bab poligami, mereka umpama sehelai kertas yang tidak berguna. Tanpa hak, tanpa ada kata dua, tanpa pembelaan sesiapa. Sejak bila Islam mendoktrinkan hukum sunnah sebegini kejam? Aneh, kerana doktrin ini Barat telah memperlekehkan agama kita dan kita bergelak ketawa seronok.
Nabi bermonogami (kahwin satu) dengan Khadijah selama 25 tahun. Berpoligami hanya 10 tahun. Kenapa perlu highlight poligami yang 10 tahun sedangkan monogami nabi yang 25 tahun itu lebih layak dijadikan sunnah? Dangkal! Nabi tidak pernah berpoligami dengan anak dara. Tidak pernah berpoligami dengan wanita-wanita cantik. Nabi berpoligami dengan janda-janda kecuali Aisyah yang nabi kahwini atas arahan Tuhan. Tetapi apa jadi dengan ustaz-ustaz yang berpoligami sekarang? Bukan main vogue isteri baru ustaz sekarang?
Oh, aku dah kira ahli neraka ke ni apabila menolak sunnah? Ini bukan aku cakap ikut nafsu macam engkau cakap poligami itu sunnah. Ini Jumhur Ulama yang bersepakat poligami itu hukumnya harus. Bukan sunnah. Okaylah, tak tahu Jumhur Ulama itu apa benda, kita tengoklah Bukhari dan Muslim ada merekodkan Rasulullah melarang kesemua pueteri baginda untuk dimadukan. Habis yang ini engkau nak cakap macam mana pula?
Aku naik bosan bila duduk ceramah agama, ustaz-ustaz bergurau senda pasal poligami ini. Seronok ye ustaz? Beribu perempuan terguris dengan senda gurau ustaz yang kata 'Poligami ini sunnah. Lelaki no problem, bila-bila masa!'
Pandai kau ustaz. Dekat mana hati nurani ustaz-ustaz ini terhadap perempuan-perempuan? Berdekah-dekah ketawa menjulang 'sunnah' tanpa menghiraukan ada makhluk Tuhan yang sepatutnya dijaga sebaik-baiknya sedang terguris, terasa dan bersedih.
Islam ini agama syumul. Agama yang tidak terlepas satu zarah pun perihal kehidupan. Takkanlah Islam ini terlepas pandang soal hati dan perasaan perempuan? Engkau yang bergelar ustaz pula pergi menghiris-hiris hati perempuan. Ewah ustaz? Perempuan ini ada pilihan untuk redha saja ke ustaz dalam isu poligami ini? Kasihan perempuan kalau ikut ustaz ini. Engkau terluka macam mana pun, engkau cuma ada dua pilihan, redha berendam air mata atau engkau menjadi ahli neraka sebab menolak sunnah.
Ustaz-ustaz, poligami bukan pesta berseronok-seronok untuk lelaki, ustaz. Sudah-sudahlah ustaz semua. Pergi balik dan berimanlah dengan Sunnah Poligami engkau orang itu semua. Kejap lagi ada la yang datang menghentam aku. Ikutlah, aku doakan semoga semua engkau memadukan engkau lepas itu aku nak tengok engkau redho takat mana. - Tan Sri Khairul Hakim
ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untuk ke page kami ---> IsuKakiPanas
by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment