HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS
HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian, apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, tiga anak pasangan itu cedera, manakala seorang lagi tidak mengalami sebarang kecederaan, apabila kenderaan Proton Exora yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh besi pembahagi jalan.
Pasangan itu dikenali sebagai Nordin Mohd Tahir, dan isterinya, Hasnah Ishak, masing-masing berumur 47 tahun, maut di tempat kejadian.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Alif Asyraf, 21, dan Nur Adriana Athirah, 18, masing-masing mengalami cedera ringan; Alif Amirul Aiman, 15, cedera parah, sementara Nur Aina Aqila, 11, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, siasatan awal mendapati, mangsa hilang kawalan, selepas tayar belakang kenderaan yang dipandu di lorong tengah pecah dan merempuh besi pembahagi jalan.
“Besi pembahagi jalan tembus ke dalam kenderaan itu dan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian. Semasa kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah menuju Kuala Pilah,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan polis di lebuh raya itu mendapati, tempat kejadian itu adalah jalan lurus dan permukaan jalan kering.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, manakala tiga mangsa cedera turut dirawat di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, abang ipar Nordin, Zainal Abidin Jamal, 55, yang ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya berkata, mereka sudah berjanji untuk melaksanakan ibadah korban di kampung halaman, pada Hari Raya Aidiladha tahun ini.
“Kami sekeluarga amat rapat dengan keluarga arwah. Salah seorang anaknya pernah tinggal dengan kami sebelum ini. Kehilangan mereka memang amat dirasai,” katanya.
Zainal berkata, kini keempat-empat anak pasangan itu masih trauma dengan kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapa mereka.
Beliau berkata, jenazah mangsa akan dikebumikan di Kampung Terusan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kali terakhir beliau berjumpa Nordin ialah selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Entri #Harian dalam dan luar Dunia. Bookmark HAJAT BERAYA DI KUALA PILAH TIDAK KESAMPAIAN, SUAMI ISTERI MAUT NAHAS and get update.
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor
0 comments:
Post a Comment