Individu Mahu Jual Barang Atas Talian Perlu Daftar Dengan SSM Bermula 2017

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Individu yang mahu menjual barangan di internet perlu terlebih dahulu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula tahun hadapan.

Laporan Bernama melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang merangka peraturan melibatkan kesemua penjualan barangan termasuk secara 'one-off'.

"Walaupun hanya menjual satu barangan seperti telefon secara dalam talian, harus mendaftar dengan SSM dan barangan itu perlu terjual dalam masa 30 hari.

"Sekiranya barangan itu tidak terjual dalam tempoh 30 hari, penjual perlu memohon semula untuk satu lagi tempoh 30 hari," katanya.

Tambah Hamzah lagi, langkah itu bertujuan untuk memastikan hak pengguna terjamin selain mengelakkan penipuan urus niaga dalam talian. - Siakapkeli.my


by noreply@blogger.com (isu kaki panas) via Berita Isu Panas

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment