Panggang anak tiri sebab kencing malam

RAKAMAN menunjukkan mangsa diseksa ayah tirinya
Asuncion (Paraguay): Seorang budak lelaki berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk selepas didera ayah tirinya menggunakan api disebabkan kencing malam.
Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan manakala ayah tirinya berusia 20 tahun mengangkat dan memegangnya di atas api yang menyala.
Kejadian berlaku di Limpio berhampiran Asuncion, bu negara Paraguay dan dirakam jiran yang mendengar mangsa menjerit kesakitan, tetapi tidak berani menghalangnya.
Dalam video itu, lelaki berkenaan dilihat jelas merapatkan budak berkenaan pada api sehingga terkena kulitnya.
Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu dimasukkan ke hospital dengan melecur tahap pertama pada punggung serta kemaluannya. – Agensi/HMetro

Share this:

,

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment