"Jangan Begini Uqasha, Simpan Sikit Untuk Suami"




Oleh RTKY Editor

25 Nov 2017, 12:11PM

Semalam, Uqasha Senrose ada berkongsi beberapa gambar di Instagram, tetapi apa yang menarik perhatian adalah baju yang dikenakan itu agak ketat di bahagian payudara hingga menonjolkan bahagian tersebut. Teruk juga Uqasha dikritik hingga mendapat puluhan ribu komen pada gambar itu.

BACA: “Apa Salah Saya Asyik Kena Kecam Orang Ramai?”

Difahamkan gambar itu dimuat naik semalam di Instagram bagi memberi kredit kepada juru mekap dan pereka baju. Tetapi sebaliknya mendapat kecaman apabila gambar tersebut lebih menampakkan tubuh badannya yang montok hingga ada yang berpendapat Uqasha inginkan perhatian.

Malah ada juga yang merasakan tindakan Uqasha membuka tudung suatu ketika dulu kerana ingin berpakaian bebas seperti ini. Melihatkan gambar seumpama ini memang tidak semua berfikiran positif, ada yang memerli Uqasha supaya simpan sedikit asetnya untuk tatapan bakal suami. Tidak silap rasanya baru kelmarin Uqasha mengadu damba mengenai dirinya yang sering menjadi mangsa kecaman. Tetapi dengan perkongsiannya semalam, rasanya Uqasha perlu tanya diri sendiri mengapa dirinya selalu dijadikan sasaran. Ingat, tak semua gambar perlu dikongsi.


sumber :  http://ift.tt/2BavNFn
by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via BERITA RAKYAT

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment