Pelajar Kolej Dan Anggota Keselamatan Ditahan Miliki Dadah
Pelajar Kolej Dan Anggota Keselamatan Ditahan Miliki Dadah|Kunjungan dua invidu ke pejabat pos di bandar raya ini berakhir dengan penangkapan mereka selepas bungkusan diterima mengandungi dadah jenis ganja.
Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching berjaya menahan seorang wanita merupakan pelajar kolej tempatan berusia 19 tahun dan berjaya merampas dadah seberat 1019.48 gram.
Ekoran penangkapan tersebut, seorang lelaki berusia 26 tahun yang sedang menunggu wanita terbabit dalam kerata dan difahamkan berkerja sebagai anggota keselamatan turut ditahan.
Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki menemukan dadah jenis ganja seberat 11gram.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, susulan daripada penahanan dua individu terbabit pihaknya menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Samariang dan berjaya merampas ganja seberat 475.31g yang siap dibungkus serta alat penimbang dan peralatan digunakan memproses dadah terbabit.
“Jumlah keseluruhan rampasan ganja seberat 1505.79gram bernilai RM26, 656 dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,”katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Kuching sebentar tadi.
Kedua-dua suspek yang negatif ujian saringan air kecing itu ditahan reman selama empat hari berkuat kuasa hari ini.
by noreply@blogger.com (Global's Video) via Berita Isu Panas
0 comments:
Post a Comment