PANAS!! Siti Sarah (Peserta Gegar Vaganza 3) Pula Buat Luahan Rasa Terkilan!!! Kenapa Ni??
PANAS!! Siti Sarah (Peserta Gegar Vaganza 3) Pula Buat Luahan Rasa Terkilan!!! Kenapa Ni??
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin,32, terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak bertangungjawab memberi makanan ringan kepada anaknya tanpa pengetahuannya.
SITI SARAH SEDIH ANAKNYA DIBERI JAJAN TANPA PENGETAHUANNYA
Siti Sarah berkata, perkara tersebut berlaku kerana ramai yang tidak prihatin atau menghormati pendiriannya untuk tidak membenarkan anak-anaknya mengambil makanan ringan.
“Saya di rumah sedaya upaya menjaga pemakanan dengan memasak makanan yang berkhasiat untuk kami sekeluarga supaya ia tidak menjejaskan kesihatan serta tumbesaran anak-anak saya.
“Tapi apa yang menyedihkan apabila ada sesetengah orang yang tidak memahami atau menghormati pendirian saya.
“Malah dengan sesuaka hati memberi makanan ringan seperti gula-gula atau ‘jajan’ kepada anak saya tanpa pengetahuan saya.
“Kalau anak saya jatuh sakit nanti, saya juga yang kena jaga, bukan mereka kan?
“Ia kedengaran agak biadap tetapi sebagai seorang ibu yang amat menyayangi anaknya, saya tidak akan membunuh anak saya dengan makanan ringan yang jelas tidak berkhasiat,” katanya kepada Suudu.
Siti Sarah yang berkahwin dengan pelawak Shuib Sepahtu itu dikurniakan tiga orang anak yang mana masing-masing berusia 6 tahun, 3 tahun dan 10 bulan.
Peserta Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu berkata dia sanggup menyediakan sendiri makanan ringan yang diminta anaknya seperti aiskrim di rumah.
“Saya cuba elak makanan ringan ini sepenuhnya tetapi saya tetap melayan kerenah anak-anak jika mereka hendak makan aiskrim yang dijual di luar, saya akan beri juga aiskrim tetapi saya akan buat sendiri di rumah.
“Bukan lah tidak benarkan langsung, tetapi jika ada sesetengah makanan ringan yang mereka nak juga tetapi saya tidak dapat elak, saya berikan juga.
“Cuma selepas saya benarkan sesetengah makanan ringan itu kepada mereka, saya akan pastikan mereka mengambil lebihkan vitamin seperti minyak ikan untuk kekalkan kesihatan yang baik,” beritahunya.
Siti Sarah kini muncul sebagai peserta dalam GV3 yang telahpun bermula 16 oktober lalu, berlangsung setiap hari Ahad menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.
Sumber: Astro Gempak
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
0 comments:
Post a Comment