TERBONGKAR..!! Anggota Polis "TERTEMBAK" Rakan Sendiri.. Rakan Mangsa Dengan Berani DEDAHKAN Perkara Sebenar Yang Berlaku Sebelum INSIDEN Berlaku..Rupa-rupanya MANGSA Pernah.......
#SERDANG: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, Jumaat.
#Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mengalami cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada anggota berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD Serdang.
#Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, anggota yang bertugas di stor berkenaan menarik picu pistol jenis 'Walther PPK' sebagai prosedur biasa memeriksa pistol.
#"Anggota berkenaan tidak menyangka terdapat satu lagi peluru di dalam pistol berkenaan.
#"Peluru pistol itu menembusi tingkap di bilik berkenaan dan terkena mangsa yang berada di luar," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.
#Beliau berkata, mangsa dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang itu berada kira-kira 70 meter dari bilik berkenaan.
#"Ketika itu mangsa sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di kawasan luar," katanya.
#Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.
#Megat Mohd Aminuddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan anggota itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. - Bernama
0 comments:
Post a Comment