Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan

Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan.

Gambar hiasan

Dubai: Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai kerana dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan hanya dengan mengemis.

Ketua Bahagian Pasaran majlis tersebut, Faisal Al Badiawi menerusi satu kenyataan berkata lelaki itu ditahan berikutan kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Dilaporkan, seramai 59 pengemis profession ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya juga, seorang daripada mereka ditahan bersama wang lebih Dh270,000 hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

"Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurut Faisal lagi, kempen itu akan diteruskan lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu. - Siakapkeli.my

#Panas di Pengemis 'Professional' Kumpul RM286,000 Sebulan
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment