Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan

Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan merupakan pengeluaran semula artikel, berita dan maklumat yang berorientasikan perkongsian informasi dari sumber percuma di internet. Para pembaca di laman Glepor perlu menilai secara wajar dalam menyatakan maklumbalas dan penyebaran bahan demi kegunaan adil untuk Sumber asal entri Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan.



Kuala Lumpur, 12 Apr - Dr. Zakir Naik boleh meneruskan siri ceramahnya di Malaysia termasuk pada Sabtu dan Ahad ini masing-masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan di Melaka.

Perkara itu diumumkan oleh Menteir di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu bantahan terhadap program tersebut.

"Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP (Ketua Polis Negara) dan bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan. Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati," katanya.

Sebelum ini, KPN telah menyarankan agar forum Dr. Zakir yang bertajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" tidak diteruskan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan supaya program ceramah umum itu diteruskan termasuk Perlis yang menawarkan tempat kepada Dr Zakir.


Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP dan BERSETUJU FORUM DR.ZAKIR NAIK DITERUSKAN.Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah.Semoga Allah SWT memberkati.
Posted by YB Ds Shahidan Kassim on Monday, 11 April 2016

#Panas di Ceramah Dr Zakir Naik Boleh Diteruskan
by noreply@blogger.com (Gaul Nyor) via Glepor

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment