Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 - Selfie Terakhir Dedah Misteri Kehilangan Jururawat

kolp
Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 - Selfie Terakhir Dedah Misteri Kehilangan Jururawat|Seorang jururawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dikhuatiri lemas setelah terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Pantai Pasir Pandak semalam. Al-fatihah semoga dipermudahkan dan dijumpai secepat mungkin

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa, Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23, berasal dari Johor bersama lima rakannya dikatakan pergi ke pantai berkenaan bagi menghabiskan cuti hujung minggu mereka. Marilah sama-sama berdoa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Muhammad Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.25 malam selepas menerima panggilan kecemasan pukul 6.52 petang.

Ketika kejadian berlaku, mangsa bersama rakannya sedang berjalan berdua di gigi air sedalam paras betis.Bagaimanapun, tiba-tiba mang­sa terjatuh dan dipercayai terus dihanyutkan ombak yang kuat dengan keadaan air pasang.

hilang pun
Rakannya yang cuba menarik kembali mangsa tidak berjaya dan mangsa terus hilang dari penglihatan mereka,” katanya ketika dihubungi sumber Utusan Malaysia di sini semalam..
Beliau berkata, pihak bomba membuat pencarian dengan kaedah mencari di permukaan air sepanjang pantai sehingga pukul 11.30 malam semalam namun tiada penemuan.
Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi hari ini dan sehingga 3.30 petang mangsa masih belum ditemukan.Operasi dijalankan bersama polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” ujarnya.
Update terkini:pakaian mangsa di jumpai
hilang
Pakaian milik Nurul Wazieyana Mohd Yusof yang dikhuatiri lemas di Pasir Pandak Sabtu lepas, ditemui beberapa kilometer dari lokasi terakhir jururawat berkenaan kelihatan.
Baju biru, tudung serta anak tudung milik mangsa ditemui Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sekitar tengah hari di kawasan pantai, kira-kira lima kilometer dari jarak wanita berusia 23 tahun itu hilang di gigi air.
Manakala seluar hitam yang juga dipercayai milik wanita berkenaan ditemui sekitar jam 3.30 petang pada jarak kira-kira lima kaki dari pakaian lain ditemui.
Katanya, untuk operasi mencari hari ini, anggota Bomba dan Penyelamat sedang menyusuri Sungai Batang Salak, pihak polis mencari di Sungai Santubong dan pihak JPAM di kawasan batu di tepi pantai.
Keluarga mangsa, iaitu bapanya Mohd. Yusof Bin Othman, emak Zaiton binti Lip dan adiknya Muhd. Faiz Bin MOhd. Yuosf tiba di lokasi pukul 4.30 petang untuk menyertai operasi mencari
Petugas JPAM yang mengambil bahagian dalam operasi SAR mencari jururawat Nuru Wazieyana Mohd. Yusof menjumpai pakaian iaitu baju biru, tudung dan anak tudung, disyaki pakaian terakhir mangsa di lokasi 5 km dari tempat kejadian.
Menurut pegawai JPAM, polis telah dipanggil ke tempat lokasi barangan ditemui. Barangan di serah kepada pihak polis sebagai barang bukti.
Gambar jururawat hilang
12345387_574300052737661_543064048270345825_n
12347636_574300419404291_2185946942796024850_n
12348140_574300409404292_8929597301867529298_n
12376568_574299809404352_7691553779739284513_n
juru rawat

p
by noreply@blogger.com (Put Ra) via Paling Busuk

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment