REMAJA MEMOTONG TANGAN SENDIRI BAGI MERAWAT KETAGIHAN INTERNET

E-Drugs



Ketagihan internet ialah penyakit baru yang semakin kronik kebelakangan ini. Di Malaysia sudah ada kes bapa belasah anak sehingga mati kerana mematikan download game kegemaran beliau. Sudah ada juga satu berita anak isteri terabai kerana asyik dengan permainan Clash of Clans. Di China ada kes yang sadis melibatkan seorang remaja yang ketagihan internet. Remaja berusia 19 tahun dari Provinsi Jiangsu dilaporkan memotong tangan beliau sendiri dengan sebilah pisau kerana percaya ianya cara terbaik bagi merawat ketagihan. Beliau memotong tangan di sebuah taman sebelum menaiki teksi ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Para doktor berjaya menyambung semula tangan beliau tetapi mengatakan beliau mungkin tidak akan dapat menggunakan tangan secara normal semula selepas ini. Remaja ini pada awalnya dilaporkan hilang dari rumah oleh ibu beliau. Si ibu menemui nota yang mengatakan si anak mahu pergi ke hospital sebentar dan akan pulang pada waktu petang. Ini memang kes yang sadis serta tak masuk akal. Di China ada beberapa pusat rawatan ketagihan internet. Tak perlu potong tangan bro!

by noreply@blogger.com (Rakyat Sembang) via berita rakyat

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment