Home
All post
Siapa Mahu Kahwini 'Ibu Tunggal' Cantik Anak Satu? Berikut Adalah Syarat Dan Ciri2 Pasangan Hidup Yang Perlu Anda Ketahui..
Selamat Mencuba. Dengan izin Allah s.w.t. kami mendoakan semoga anda berjumpa si "dia" di CJM.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Firman Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21
by noreply@blogger.com (saijamoke) via ohh sem
Angkara Ungkapan 'Paria' Perempuan Ini Terima Padah
BUTTERWORTH - "Mana boleh you cakap paria?" demikian teguran seorang pemandu teksi terhadap seorang jurutol di Tol Sungai Nyior, semalam yang kini videonya viral di media sosial.
Dalam kejadian jam 9.15 pagi semalam, jurutol wanita dipercayai bernama Zatul, didakwa telah mengeluarkan perkataan 'Paria' setelah ditegur oleh pemandu teksi, Ravi Chandran, kerana menggenakan caj kereta Kelas 1 terhadapnya, sedangkan teksi sepatutya dikenakan caj Kelas 4.
Berdasarkan video berdurasi 5 minit itu, jurutol terbabit memberi penjelasan kepada pengawal keselamatan bernama Usop berhubung apa yang berlaku. Ravi kemudian bertanya apakah penyelia jurutol akan turun atau tidak, namun Usop berkata dia tidak tahu.
Jawapan yang diberi Usop itu membuatkan Ravi hilang sabar dan menyebabkan ketiga-tiganya mula bertelagah sehinggalah penyelia Zatul datang ke tempat kejadian.
"Dia sudah tekan silap, saya tak ada marah apa tau. Dia kata dia tak nampak dan saya kata pada dia yang dia kena tengok dulu sebelum tekan. Okay, sekarang bukan salah saya dan you kena bagi balik saya punya baki duit. Betul tak?
"Lagi dia kata, 'ini kita tak tengok, apa hang ni? Kita sudah tekan, you jalanlah'. Saya kata mana boleh begini, ini 80 sen pun susah nak cari," jelasnya sebelum mendakwa jurutol itu melemparkan perkataan 'paria' terhadapnya.
Penyelianya juga bersetuju bahawa adalah tidak wajar Zatul melemparkan perkataan kesat seperti itu kepada pelanggan. Malah, jurutol itu ditegur perlu fokus pada kerjanya.
"Kita kena budi bahasalah. Jangan sewenang-wenangnya kata orang 'Paria'. Kita bukannya makan tahi," katanya Ravi sebelum beralih pula kepada pengawal keselamatan terbabit yang juga didakwanya tidak berbudi bahasa.
Ekoran kejadian itu, penyelia berkenaan mengakui bahawa jurutolnya telah melakukan kesilapan dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.
"Ini bukan kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali sebelum ini. Saya nasihatkan jurutol agar tidak melayani telefon bimbit semasa bertugas dan hormatilah pelanggan yang berbilang bangsa," kata Ravi lagi.
Video kejadian itu kini trending di media sosial dan telah ditonton 4,500 kali di Facebook. - The Reporter
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
Tolong Viralkan Anak Mencari Ayah Yang Kehilangan Sudah Bertahun
MELAKA - "Baliklah ayah, kami semua rindu ayah," demikian luahan hati seorang anak, Liana Mohd Kamil, yang telah berusaha mencari bapanya, Mohd Kamil Bin Ahmad, 59, sejak beberapa tahun yang lalu.
"Ini sudah kali ketiga saya cuba mencari ayah. Hati ini melonjak-lonjak teringin berjumpa dengan ayah namun belum kesampaian. Tak tahu ayah masih hidup atau sebaliknya, pun tak tahu," katanya.
Liana juga telah memeriksa rekod pihak Jabatan Pendaftaran, Penjara Malaysia, Polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, hospital, malah KWSP sekali pun. Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai ayahnya berjaya diperolehi.
Alamat terakhir: Batu 7 1/2 Kampung Pernu, 75460 Melaka
"Saya harap sangat kalau ada seorang dua rakyat Malaysia yang pernah nampak ayah di mana-mana.
"Ya Allah, Kau ketemukanlah aku dengan ayah jika dia masih hidup dan Kau tunjuklah tempat persemadiannya jika sebaliknya.
"Berlinangan air mata saya bila terkenang pada ayah," luahnya di Facebook, 3 jam yang lalu.
Justeru, Liana memohon bantuan netizen untuk viralkan status dan gambar ayahnya agar lelaki itu dapat ditemui segera.
"Gambar ini sahaja yang saya ada. Mungkin wajah ayah sudah berubah," katanya.
"Ayah, kalaulah ayah baca kenyataan ini, baliklah. Kami semua rindukan ayah. Menantu dan cucu tak pernah langsung kenal ayah. Nenek pun tunggu ayah balik. Baliklah ayah," katanya. - The Reporter
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
Gambar Gadis Hijab Join Miss World
WASHINGTON DC – Seorang remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) menjadi gadis berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.
Halima Aden, seperti semua peserta lain terpaksa mengharungi beberapa cabaran dalam pertandingan tersebut antaranya mengenakan pakaian mandi.
Menerusi acara berkenaan, Halima diberi kelonggaran apabila mengenakan burkini iaitu pakaian mandi khusus untuk golongan Muslimah.
Halima antara peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir pertandingan pencarian ratu cantik tersebut dan mahu menggunakan platform berkenaan untuk merubah persepsi serong terhadap imej Islam.
Menerusi satu wawancara di stesen tempatan WCCO-TV, Halima berkata, “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.
“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.
“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosankan dunia ini jika semua orang sama?”
Difahamkan keluarganya merupakan pelarian Somalia yang tiba di AS ketika dia berusia tujuh tahun.
Malah penglibatannya dalam pertandingan tersebut mendapat sokongan padu daripada ibunya, Rukia Aden.
“Ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Saya amat gembira kami hidup di AS dengan rakyatnya bebas dan boleh memakai apa saja dikehendaki mereka,” katanya.
Pencarian ratu cantik itu dimenangi oleh Meridith Gould dari Minneapolis yang akan mewakili negeri itu ke pertandingan Miss USA, tahun depan. – MYNEWSHUB.CC
by noreply@blogger.com (syifa hasrul) via Info Terbaru 1Malaysia
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)